KUCHING, 25 Mac - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg terima kunjungan hormat dari Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di pejabatnya, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut diketuai olah Presiden, Tan Sri Norza Zakaria.
Kunjungan hormat tersebut berkenaan dengan perkembangan pembangunan sukan di Sarawak dan juga melihat potensi Sarawak menjadi penganjur acara sukan bertaraf antarabangsa.
Turut hadir, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.